create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, August 7, 2014

SARAWAK


Kamek sik pernah ke SARAWAK.
1st time tok.
Ehh?? klaka SARAWAK kamek.
HEHE!
Aok! kamek sik pernah ke sarawak.
Kalau tak kerana kena pergi kursus, entah bila tahun nya lah aku dapat nak pergi.
Kekangan masa tu 1 hal.
Masalah bajet tu lagi 1 hal.
Almaklumlah gaji aku tak berapa nak beso.
Cukup lah menampung.
Cukup cukup makan katanya.
Aku pergi ni pun atas urusan rasmi.
KURSUS MULTIMEDIA KREATIF.
13-23 mei 2013.

Seriously memang best gila!
Dapat geng semua otak ting tong macam aku gak.
Dari JKDM Pasir Gudang time tu just aku dengan KAK ANN je.

Aku gerak ke Sarawak 12 mei by airasia dengan kak ann.
Sampai Sarawak, DAYANG pick up aku dengan kak ann dekat airport.
Dayang tu kawan baik aku start masuk kerja sampai lah sekarang.
Now, dia dah transfer sana.
Dayang hantar kitorang sampai dekat AKMAL sarawak.
Sampai sana, dah ambik kunci bilik, kitorang terus gi naik bilik.
Bilik kitorang HASSIM 12 kalau tak silap.
Aku dengan kak ann 1 bilik.
Dah siap letak2 barang semua, Dayang bawak pergi rumah dia jumpa family dia dekat Kampung Rampangi.

Dah jumpa family dayang, kitorang balik ke AKMAL semula.

13 Mei tu bermula lah kursus nya.
Rupanya, kursus tu kursus fotografi.
Masing-masing bawak DSLR sendiri.
Time tu aku mana lah ada DSLR.
Yang ada just compact camera yang tutup battery nya dah tertanggal tu.
Daif sungguh rasanya waktu tu.
Tapi lantak ahh.
Nak cari ilmu punya pasal kan.
Siap call mak linda ni mengadu orang semua bawak DSLR, kita bawak camera tak canggih je.
HAHA!

Dalam kursus tu banyak jugak lah ilmu fotografi yang aku dapat.
Tapi rugi sebab aku takde DSLR waktu tu so tak dapat nak praktikkan.
Tumpang tengok kat DSLR orang je lah macam mana diorang gunakan function manual yang ada kat DSLR diorang.

Task kitorang time tu kitorang kena buat montaj tentang AKMAL sarawak & tatacara penggunaan Shower di AKMAL tu.
Tatacara penggunaan Shower?
Yup! tatacara penggunaan shower.
Sebab shower kat AKMAL tu cam pelik sikit cara guna dia.
Kalau salah teknik, air tak keluar.
Tak pun, air keluar macam air kencing.
Bosan kan? Nak mandi pun tak puas!
So, kitorang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Montaj tentang AKMAL tu termasuk la segala kemudahan yang disediakan dekat AKMAL tu.
Kitorang pun belajar cara macam mana nak kendalikan video camera.
Ala-ala berlakon tu.
Seriously aku rasa macam tengah shooting filem pulak.
Cikgu kitorang time tu cikgu amin, cikgu syukri & cikgu adnan.
Diorang ni expert gila.
Diorang dari PFMC Group.

Untuk taknak bagi kitorang bosan,
kitorang ada jugak aktiviti luar.
Paling best aktiviti kat luar la.
Kitorang pergi waterfront, Jong Crocodile, Pantai Damai Santubong, Kampung Budaya & Pasar serikin.

Kat sana mula-mula aku geng dengan Kak ann je.
Almaklumlah tak kenal orang lagi.
Entah macam mana tiba-tiba boleh jadi kamceng dengan diorang.
 Kitorang kat sana ada 1 team.
Nama team kitorang GKB.
GENG Kxxxxx Bxxxx!
Nama tu terpaksa dirahsiakan ye.
Hanya team GKB je yang tau apa maksudnya.

Dalam team kitorang ada:

1) Cip Tahir (Ayahanda)-JKDM Bukit Kayu Hitam
2) Abg Zam (Pak ndak)-JKDM Kedah
3) Abg Lan-JKDM Lawas
4) Kak Tini-JKDM Gelang Patah
5) Abg sob-AKMAL MELAKA
6) Nenie Lobo (Kak Ton)- JKDM Sarikei
7) Kak ann & aku-JKDM Pasir Gudang
8) Fiza (Kelabu)-JKDM Penang
9) Syawal-JKDM Kuantan
10) Razie-JKDM Lawas
11) Lukman-JKDM Kuching
12) Hafiz-JKDM Kuching

Kat AKMAL sarawak tu ada bilik karaoke gak.
Orang kata, tiap2 malam kitorang berpoco-poco & karok sampai ke pagi.
Pagi nya tu ada class.
Gasak korang lah.

 Nak dijadikan cerita, 3 malam terakhir kat AKMAL tu kitorang lepak gi minum kat luar.
Diorang ni boleh pulak dok cerita hantu pasal kat AKMAL tu.
Aduh aku allergic betul lah.
Elok2 berani jadi takut pulak.
Diorang mana yang ada pengalaman berkursus asas 3 bulan kat AKMAL sarawak tu tau la apa yang jadi masa tu.
Tapi diorang tak cerita semua pasal takut kitorang yang perempuan ni takut.

Kebetulan malam last kitorang kat sana, aku dengan kak ann sudah terkena.
Malam kejadian tu, pak ndak dah balik Kedah dulu.
Lukman, hafiz, kak ton semua duduk luar tak duduk kat AKMAL.
So yang tinggal kat blok tu cuma aku, kak ann, kelabu, kak tini, ayahanda & geng2 rumah puaka je.
Rumah puaka tu banglo dekat depan blok kitorang.
Diorang panggil rumah puaka.
Yang lain semua dah balik.

Malam tu, dayang bawak aku dengan kak ann pergi makan-makan dengan family dia.
Ayahanda, kak tini, kak ton, kelabu, razie dgn abg lan gi tengok muvie.
Geng2 rumah puaka pun keluar.
Kebetulan aku dengan kak ann balik cepat.
So kitorang siap2 kemas barang malam tu jugak so nanti esok dah tak kelam kabut.
Habis je kak ann kemas barang, kak ann cakap nak lelap kejap sementara tunggu diorang balik dari tengok muvie nak makan sama-sama.
Kebetulan masa makan dengan family dayang tu ada banyak makanan lebih.
So, kitorang tapau bawak balik & kirim nasi kat diorang.
Tunggu punya tunggu, time tu kak ann dah terlelap.
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu.
Aku tanya la siapa?
Tak menyahut.
Kak ann pun whatsapp la kat group tanya diorang ke yang ketuk pintu?
Jap lagi diorang menyahut kat luar.
Fuhhhh!
Suspend tau!
Kitorang pun siap2 nak turun bawah kat bilik karaoke nak makan.
Dah makan-makan, kitorang balun karok sampai pukul 3.30 pagi!
Pastu diorang ajak naik sebab ayahanda dengan kelabu punya flight pukul 8 pagi cam tu.
Pukul 6.30 pagi abg ardy (driver AKMAL) dah nak jemput pergi airport.
Naik je atas, aku pun ajak kak ann cuci baju siap2 so nanti dah takde baju kotor nak bawak balik.
Selalu kunci bilik memang aku yang pegang.
Selama ni memang aku tak pernah tinggal.
Pergi mana-mana memang aku bawak.
Pintu bilik tu pulak tombol nya bukan macam tombol bulat yang tekan-tekan cam biasa tu.
Tapi lock yang jenis pulas tu.
Ni contoh nya, (aku colek gambo dari gugel),


Pada yang tak tahu, lock dia ni, kalau nak keluar, kena lock dari dalam.
Kalau nak lock, kita kena pulas sendiri & tarik pintu tu.
Time tu pukul 4 pagi macam tu.
Aku pun angkat la baldi baju kotor.
Aku keluar dulu baru, kak ann follow belakang.
Tangan dia pulak penuh.
Kiri pegang baldi, kanan pegang sabun.
Kunci aku tak bawak sebab nanti kitorang nak masuk semula bilik so tak payah la bawak kunci.
Pastu kitorang pun masuk kan la baju dalam machine.
Kak ann cakap zura, akak nak cuci la seluar ni (seluar panjang yang dia tengah pakai, dalam ada seluar pendek).
Aku cakap cuci je la sekali kak.
Tiba-tiba kak ann cakap, zura, akak ada tertinggal baju nak basuh dalam bilik.
Jom teman akak gi ambik.
Aku pun follow la kak ann.
Sekali pintu tak boleh bukak.
Terkunci.
Kak ann tanya aku, zura yang kunci pintu ke?
Aku cakap, eh kan orang jalan dulu tadi, akak belakang orang.
Akak yang kunci ke?
Kak ann cakap, akak tak kunci. 
(dalam hati aku cakap, a'ah la tadi kan tangan kak ann penuh kiri pegang baldi, kanan pegang sabun. Macam mana pulak kak ann nak kunci pintu sedangkan kitorang menonong terus pergi bilik basuh tadi.)
Tiba-tiba kak ann teringat yang dia pakai seluar pendek.
HAHAHAHA!
Dia terus terduduk atas lantai!
Aku pun terus ketuk pintu bilik sebelah (bilik kelabu).
Kitorang tumpang dalam bilik kelabu dulu.
Kebetulan Razie tak balik lagi sebab pintu gate kat depan dah kunci.
Pak guard tu tertido.
Last-last Razie tumpang tido bilik pak ndak sebab bilik pak ndak kosong.
Bilik pak ndak tu depan bilik kelabu.
Sebelah bilik kelabu, bilik kak tiny.
Depan bilik kak tiny, bilik ayahanda.
Bilik kak tiny & bilik ayahanda, bilik yang last sekali.
Razie pun tolong la bukak pintu bilik kitorang.
Tunggu punya tunggu sampai kitorang tertido dekat bilik kak tiny.
Dan2 pukul 6 lebih macam tu kak tiny kejut cakap pintu bilik korang dah terbukak.
Tapi tombol tu dah teruk la kena umpil dengan razie.
Kitorang pun sambung tido kat bilik.

Dalam pukul 11 pagi cam tu dayang datang ambik kitorang nak bawak pergi airport.
Kitorang call2 kak tiny tapi tak berjawab.
Ingat nak suruh kak tiny gi tumpang dekat rumah puaka tu sebab risau kak tiny tinggal sorang kat blok tu.
Flight kak tiny dengan geng rumah puaka tu petang.
So kira diorang last batch la yang balik.

By the way, tau je la airasia kan limit 20 kgs.
Luggage aku je dah 17 kgs.
Dengan kotak tu entah bape kgs.
Kebetulan dayang ada kirim barang nak bagi dekat family aku.
Ya Allah gelabah aku dibuatnya.
kalau nak bayar, 1 kg RM35.
Aku kira-kira total nak dekat rm300+.
Gila!
Last-last aku terpaksa mintak tolong dayang post kan.
Tu je yang paling murah pun.

Dah sampai JB, dengan laju nya whatsapp kat group cerita kat diorang kisah pintu bilik kitorang yang terkunci tu.
Razie cakap kes pintu bilik terkunci memang dah biasa dah kat sana.
Kalau perasan, ada sesetengah pintu macam bekas kena umpil.
Kat sana memang agak keras sikit.
Rupanya Syawal pun dah kena dari awal2 kitorang datang ke AKMAL tu.
Pintu bilik air dia terkunci.
Kat sana ada 1 bilik untuk sorang.
Yang 1 bilik sorang tu, 2 bilik share 1 toilet.
Sebelah bilik syawal tu bilik cip Bro Ther.
Syawal ingatkan cip tu yang lock pintu toilet tu.
Tapi cip tu cakap dia memang takde lock pintu toilet tu.
Gitu lah kisahnya.
Apa pun, seriously memang best gila dapat team macam korang.
Happening!
Jom layan gambar.


Keluarga besar Kursus Multimedia Kreatif,
Waterfront Sarawak


Perahu penambang



Orchid Garden




Bangunan DUN


JKDM Serikin


 Pasar Serikin


Aku, Dayang & Kak Ann
(Time ni kak ann tengah try telekung utk dibeli. Kat sini telekung seriously murah. Rugi tak beli.)










Berdiri dari kiri: Kak Ton, Ayahanda, Kelabu, aku & Kak Tiny.
Duduk dari kiri: abg zack & Abg Hafiz cheng (Geng Rumah Puaka)







Dari kiri: Syawal, Kelabu, Kak Ann, Aku, Razie & Kak Tiny







Wednesday, August 6, 2014

Wedding Tikah & Zul

Nak dijadikan cerita, entry CAMPAK BELAKANG kali ni, aku baru terhegeh-hegeh nak upload gambar kahwin Tikah, BFF aku waktu study kat UiTM dungun dulu.
Macam mana Tikah kenal dengan husband dia tu aku tak berapa nak sure pasal habis je diploma, aku terus kerja. 
The sixest masing-masing further degree dekat shah alam except tikah kat kedah.
So, tup-tup dapat tau Tikah dah nak kahwin.
Excited weh. HEHE!

Before aku ke wedding Tikah kat Kelantan,
kitorang, THE SIXEST, gathering dulu.
Gathering kat mana??
MCD Kl Sentral.
Nak buat camne, dah situ je yang paling mudah sebab kebetulan waktu tu Qiqi, Najwa, Fitt & Tikah baru habis kerja while aku di Shah alam sebab waktu tu Tunang aku, Haziqo Chicako konvo & Wawa pulak dari Klang.

So, Wawa pick up aku kat Shah Alam & kitorang terus heading ke Kl Sentral.
That time Wawa dah pregnant.
5 months kalau tak silap.
Sampai je Kl Sentral, terus gather dekat MCD.

Kalau dah berjumpa, memang berdekak je la kan kerja kitorang.
Kitorang gather sebab Wawa tak dapat attend wedding Tikah masa kat Kelantan nanti.
So, comolot siap-siap kat KL.

Tiba lah hari yang dijanjikan, Tikah dah balik ke Kelantan dulu.
Najwa, Fitt & Qiqi naik flight dari LCCT while aku sorang-sorang naik Train dari JB SENTRAL ke PASIR MAS.
Jauh gila ok perjalanan.
Katil aku pulak betul-betul tepi pintu pulak.
Berpuluh kali lah mokcik-mokcik, pokcik-pokcik, abe-abe, kakok-kakok, adik-adik duduk keluar masuk pintu tu.
Seriously tak lena nak tido.
Dengan bunyi gedek-gedek train lagi.
Seriously spoil mood aku!
Aku bertolak dari JB 8.30 PM, sampai Pasir Mas dalam pukul 11.10 AM esok nya.
MasyaAllah! Berbelas jam aku dalam train tu.
Seriously aku dah lama tak naik train.
Last time tu sekolah rendah kot.

Sampai je dekat Pasir Mas, Najwa pick up aku.
Kitorang terus ke rumah Najwa dekat Kubang Kerian.
Bersiap-siap, terus nak ke wedding cousin Tikah dekat rumah Tikah jugak kat Pasir Hor.
Petang tu kitorang pergi ke Secret Recipe.
Tekak aku tiba-tiba rasa nak makan kek.
Tapi diorang order kan dulu.
Aku pergi pasaraya jap cari air mineral.
Sampai je dekat SR tu aku tengok atas meja ada 2 slice kek. 
1 ada tulis 19/11, lagi ada tulis 13/9.
Eh???
Tu birthday date aku!
Owh rupanya Qiqi & Fitt belanja aku & Najwa & celebrate birthday kitorang.
Even besederhana, tapi aku happy gila. 
At least korang ingat birthday aku.
Thanks a lot korang!
Hugssssss!!!

Ok sambung balik, 
Rupanya, hantaran belum siap lagi. 
Esoknya Tikah nak nikah, malam tu kitorang baru nak buat hantaran Tikah.
Terus terang cakap, tangan aku ni memang dilahirkan tak berseni ye.
Fitt suruh lipat-lipat kertas nipis kaler2 tu apa entah nama kertas tu, nak buat bunga.
Lain disuruh, lain yang aku bikin.
At last, aku membuta, diorang yang sambung buat.
Aku bangun-bangun je tengok dah siap dah.

Tikah nikah malam, majlis nya pagi esoknya tu.
Kelantan punya kenduri tak sama macam kita dekat JB.
Kat JB makan nasi beryani.
Kat Kelantan makan nasi berlauk.
Sangat rare.
Tapi best & happening.

Plan-plan habis je wedding Tikah tu, kitorang nak ke Rantau Panjang.
Qiqi nak cari apa entah.
Tapi atas dasar Najwa pun macam tak confident jalan nak ke sana + sepanjang berada kat Kelantan aku yang drive sebab Najwa ketaq lutut katanya.
Macam-macam Najwa.
Kesudahan nya, kitorang pergi Wakaf Che Yeh je.

Habis je wedding Tikah, kitorang siap-siap kemas barang nak ke airport.
Dari rumah Najwa, kitorang jalan kaki ke rumah cousin Najwa dekat2 dengan rumah Najwa jugak.
Cousin Najwa hantar kitorang pergi airport.
Dari airport kitorang berpecah, aku dengan Najwa naik FIREFLYZ, Qiqi & Fitt naik AIRSIA.
Aku dengan Najwa turun dekat Subang.
Sampai Subang, Najwa naik bas ke KL SENTRAL.
Aku pulak menunggu flight ke JB pukul 8 malam kalau tak silap.

Sementara nak tunggu flight, aku lepak SUBWAY jap.
Lapar lak.
Dalam tu tak ramai pun just aku & ada sorang cina.
Aku pun duduk ralit main HP, tiba-tiba ada 1 satu perempuan ni bising betul.
Tak kuat sangat tapi dengar jugak lah apa yang dia cakap.
Tiba-tiba ada sorang budak lelaki ni say hye bagai dekat family perempuan ni.
Family perempuan ni pun duduk sebelah meja aku.
Aku tengok ada sorang Makcik, lelaki & perempuan tu.
Tiba-tiba budak lelaki ni cakap, nak ambik gambar boleh tak?
Aku pun toleh la ke meja sebelah,
rupanya, IZZUE ISLAM dengan wife dia AWIN NURIN!!!
OMG!!!!
IZZUE hensem gila wehhhhh!!
Aku pun jadi tak tenang, tak senang duduk,
makan pun jadi segan + tak lalu k!
Then perempuan tu senyum kat aku.
Aku pun cakap kat dia (dengan muka tak malu aku ni), akak, nak ambik gambar boleh???
Dia cakap boleh. Tapi nak makan dulu k.
Habis je dia makan, dia pun siap2 nak pi hantar mak dia.
Dia ambik kan gambar aku dengan IZZUE.
Then dah BYE BYE, dia pun pergi.

Aku dah siap makan, terus check in.
Tiba-tiba nampak makcik tadi a.k.a mak AWIN NURIN.
Dia duduk sorang-sorang je.
Kesian makcik tu.
Rupanya makcik tu 1 flight dengan aku.
HEHE.
Dah tu je nak cerita.
Jom layan gambar.

Yang baju belang macam nyamuk kenyang (Najwa)Sorry Najwa I LOVE YOU! haha, Free hair (Qiqi) & tudung merah (Fitt)

Yang belah kiri Najwa punya, belah kanan aku punya.






Family belah suami Tikah.



Tikah & Mak Mertuanya.






Ni lah hantaran yang diorang bertungkus-lumus buat time aku tertido lepas lipat kertas tak jadi.



The making of KERABU MANGGA

















Ni dengan IZZUE. Abaikan muka aku yang tengah serabai berjerawat tu ye.