create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, August 5, 2014

Trip to TIOMAN island

Ni lah yang dikatakan pucuk dicita, ulam mendatang.
Punya lah lama aku teringin nak ke pulau tapi MAK LINDA sokmo tak bagi.
Bahaya lah, jangan buat orang risau lah, tu je lah ayat nya.
Tapi kali ni dia yang ajak pergi sebab family day tempat kerja dia.
Apa lagi, peluang datang sekali je. 
Rugi tak grab oiiii.

So, dalam entry CAMPAK BELAKANG lagi kali ni, 
aku ke PULAU TIOMAN

Time ni Julai 2013 kalau tak silap.
Aku punya excited siap pi beli swimming cap belang-belang konon nak swimming lah.
Tapi HARAMMMM bukan reti swimming pun.
Propa je lebih.

Pada hari kejadian tu, kitorang konvoi ke mersing dengan bos MAK LINDA.
Aku bertolak sebelum subuh.
Sampai kat MERSING dah subuh.
Seriously, aku memang tak suka jalan ke MERSING ni.
Memeningkan bagi si PEMABOK tegar macam aku ni.
Naik roller coster tak boleh, naik kereta jalan berliku-liku pun MABUK.
Payah betul.

So, sesampainya kitorang kat MERSING, apa-apa pun solat subuh dulu kat MASJID atas bukit before ke jetty.
Dari jetty nak ke Pulau Tioman tu aku tak ingat pukul berapa kalau tak silap around 6.45 to 7 am lah something like that.
Dalam ferry tu agak lama gak nak ke Pulau dalam lebih kurang 1 jam 45 minit ke 2 jam perjalanan macam tu.
Tak ingat sebab naik je feri, bagi mengelakkan MABUK, aku tido.

So, aku nak bagi sedikit info lah pasal Tioman ni.
Pulau tioman ni adalah antara 10 buah pulau tercantik di DUNIA.
Yang biasa kita dengar dekat pantun2 tu, GUNUNG DAIK BERCABANG 3, terletak kat pulau tioman ni la.
Apa yang aku tau, dia ada 10 pantai utama
1) Ayer Batang
2) Genting
3) Salang
4) Tekek
5) Nipah
6) Mukut
7) Juara
8) Paya
Tapi kata orang, Salang yang paling cantik sekali.
Aku pun tak sure sebab aku duduk dekat Kampung Genting.

Dekat persisiran pantai kat area Kampung Genting tu agak kureng lah kalau nak mandi.
Banyak batu karang. 
Sakit kaki terpijak.
Kalau nak mandi pun kat area2 jetty tu tak banyak batu karang & air memang jernih.
So berbalik semula pada cerita kita, sampai je dekat Kampung Genting, kitorang lunch dulu then check in.

Pastu solat zohor, tukar2 baju, terus gi pesisir pantai untuk aktiviti sukaneka.
Aktiviti petang tu, pertandingan buat istana pasir.
1 family, 1 istana pasir.
Nama istana pasir kitorang, ISTANA TEDUHAN KASIH.
Propa tau nama. HAHA!
Sempena cerita TEDUHAN KASIH yang famous kat TV3 waktu tu.
Guess what, kitorang menang dapat no.2. HAHA!
Istana entah apa rupa, dapat no. 2.
Boleh lah dari tak hado.
Lepas tu, aktiviti BEBAS.

Esok pagi nya, after breakfast,
kitorang siap2 untuk snorkeling.
Snorkeling equipment disediakan.
Tapi untuk yang kategori PEMBERSIH, better korang bawak lah sendiri korang punya Snorkeling equipment pasal dah banyak orang yang guna kan benda alah tu so agak BERKARAH sikit. 
Nak pakai pun kena cuci dulu bersih2.

Then dah siap2, sesi menunggu bot laju sampai untuk bawak kitorang Snorkeling kat Marine Park.
Cehh, konon2 nak jadi yang pertama lah yang naik bot tu nak cepat sampai pasal nak tunggu bot lain agak lama. 
Kami kan ramai.
So, sampai je bot pertama, kitorang terus naik.
Bot penuh, kami pun bertolak.
Tiba-tiba, bot laju tu berhenti dekat tengah laut.
Rupanya, kitorang kena tukar naik Bot Nelayan.
Aku pun tak tahu lah nak menyumpah ke apa eh.
Bot nelayan tu slow gila kot!
Gedek-gedek bila nak sampai seh!
Yang paling tak boleh handle sekali,
lepas satu-satu bot laju yang lambat dari kitorang tu memotong bot nelayan tu siap lambai-lambai kat kitorang.
Malu gila!
Tapi takpe, yang penting selamat sampai.
Before ke Marine Park, bot tu singgah dulu dekat Tekek.
So, sape2 yang nak shopping ole2, boleh lah shopping dekat Tekek.
Tapi t-shirt dia agak mahal beberapa ringgit berbanding dengan kat Kampung Genting.

Dah shopping, kitorang naik bot semula & bertolak ke Marine Park.
Sampai2 je, mak aii banyak kot bot tengah tunggu nak turunkan orang.
Lepas kitorang dah turun dari bot & cari port letak barang2,
apa lagi,
SNORKELING TIME!!!

Tapi tak semudah tu azura nak terjun dalam laut yang dalam tu ye.
Aku nak turun ambik masa nak dekat setengah jam jugak lah.
Takut weh.
DALAM!
Aku dah la tak reti berenang.
Penat diorang pujuk cakap tak ada apa. Tak takut. Bessttt!
Tapi aku???
Masih lagi duduk kat tangga tu tak turun2.
At last aku beranikan diri jugak sebab fikir ada LIFE JACKET.
Mula2 nak turun, aku paut kat badan si ATIN, dah cecah kaki dalam air tu terasa dalam, tak jadi weh! Aku naik atas balik. HAHA!
Pastu aku cuba lagi. Kali kedua baru ok.
Terkapai-kapai lah tangan si penakot ni dalam air.
AZURA oh AZURA!

After beberapa jam tu, dah lunch, kitorang bertolak ke PULAU RENGGIS pulak.
Kat sana BATU KARANG hidup cantik2.
Tengok macam tak dalam tapi katanya kedalaman nya dalam lebih kurang 10 kaki.
Seriously memang cantik.

Ok tu je la nak cerita.
Panjang lagi actually tapi tak berapa menarik.
Apa pun, PULAU TIOMAN memang cantik gila!
If diberi peluang, aku memang akan datang lagi.
INSYAALLAH!
So, jom layan gambar.











 Ni la ISTANA TEDUHAN KASIH tu



 Ni la bot nelayan yang slow gedek-gedek tu


Ni kat Tekek

Ni dekat MARINE PARK.
Saat-saat si penakot ni dipujuk untuk turun.
By the way, kat tangga tu agak licin.

Dah turun, berpaut kat si ATIN.

Akhirnya! si itik berani juga! HAHA!







Ni la PULAU RENGGIS.



No comments:

Post a Comment