create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, August 5, 2014

SINGAPORE

Entry kali ni aku nak CAMPAK BELAKANG time aku ke SINGAPORE julai 2013.
Actually that time tengah bulan puasa.
Tiba-tiba Tunang aku (waktu tu belum tunang lagi, sekarang dah..hehe) buat plan gila nak pergi SINGAPORE transit naik bus dalam keadaan tengah bulan puasa.
Dia cakap, kalau aku taknak pergi, dia pergi sorang-sorang.
Ishh tak boleh jadi ni.

So, pagi tak ingat dalam pukul berapa, kitorang dah terpacak dekat LARKIN SENTRAL.
Masa tu, kereta parking kat Plaza Mara bersebelahan dengan LARKIN SENTRAL.
Kitorang sempat tukar duit siap-siap dekat money changer,
then ada bus, terus naik bus ke CIQ.
dah cop2 passport semua,
kitorang naik bus ke checkpoint di Singapore.
Kena isi form putih. 
Wajib isi ye.
Dah settle dengan immigration kitorang terus naik bus ke woodlands.
Then dari woodlands, kitorang naik MRT ke Marina Bay Sands.
Sebab aku teringin sangat nak bergambar dekat singa besar yang mulut dia terkeluar air pancut tu.
Batak takkk??

So, sesampai je di Marina Bay Sands tu, agak boleh tahan letih jugak la nak sampai ke The Shoppe (shopping mall yang ada butik barang-barang mewah macam CHANEL, BALENCIAGA, FENDI, HERMES & macam-macam lagi).
Sampai situ je tekak punya lah dahaga jangan cakap la kan.
Tapi tahan lagi nak berjalan punya pasal.

After that, kitorang berjalan keluar dari The Shoppe nak menuju ke Merlion Park.
Actually nama tempat kat Singa besar mulut keluar air tu, MERLION PARK.

Sambil berjalan sambil snap gambar.
Last-last memang dah sampai tahap tak boleh tahan dahaga lagi.
Kitorang rest jap ambik2 angin.

Pastu jalan semula lalu Fullerton Hotel.
Memang jauh weh.
Dengan cuaca panas.
Takde penyakit cari penyakit.
Sampai je dekat MERLION PARK tu, dah bergambar,
aku ajak Tunang ke USS.

So, kitorang berjalan semula ke MRT station.
Seriously, kalau diberi peluang lagi sekali,
memang tidak lah aku nak pergi lagi dengan jalan kaki even naik public transport.
Penat gila!

Dari Marina Bay Sands, naik MRT ke DHOBY GHAUT.
Then dari DHOBY GHAUT, naik MRT ke HARBOUR FRONT.
Dari HARBOUR FRONT tu pulak, kena naik dekat level berapa tak ingat, ada 1 train pendek je untuk ke USS and so on.

Dah berjalan semua tempat sampai ke sentosa,
kitorang pun ke woodlands semula untuk naik bus balik ke JB.
Dah la time tu time orang balik kerja.
Bus tu punya pack gila, MasyaAllah!
Aku berdiri betul2 dekat belakang kerusi uncle bawak bus tu.
Buka puasa dekat dalam bus minum air tin je.
Sampai je JB Sentral, meggelupur cari kedai makan.
Tu je la cerita nya.
Jom layan gambar.





















No comments:

Post a Comment